Saturday, December 3, 2011

Orang Munafiq

Ya Allah,adakah Engkau akan menerima hati ini??

Selepas solat subuh..terdetik hati nak buka fb,lihat di screen notification ada 3 new notification.. bila dibelek setiap stu..terdapat hadith ini yg disampaikan oleh salah seorang muslim antara kita..jadi sy berminat untuk kongsi disini..





((أربع من كُنَّ فيه كان منافقاً خالصاً، ومن كانت فيه خُلَّة منهن كانت فيه خُلَّة من نفاق حتى يدعها: إذا


حدَّث كذب، وإذا عاهد غَدَر، وإذا وعَدَ أخلف، وإذا خاصم فَجَر))



“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen.

Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu

cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya:

Apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat,

apabila bertengkar, dia melampau”.

[Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]



Mari nilai semula diri kita..adakah kita tergolong dalam golongan2 tersebut???

Jika YA..marilah kita bertaubat dan memohon keampunan Allah..

Jika TIDAK..Alhamdulillah,semoga kita terlindung dari sifat2 munafiq ini..

Janganlah terdetik di hati kita untuk melakukan kemungkaran..

  • sentiasa jujur dalam berkata-kata
  • janji perlu ditepati
  • jangan mengkhianati sesama sendiri
  • kawal amarah-elak dari mengeluarkan kata2 kesat.
sifat2 munafiq boleh mengelapkan hati kita..Ya Allah hindarilah kami dri sifat2 ini..Amin.

No comments:

Post a Comment