Tuesday, February 7, 2012

Anda pernah meluncur??

Nan Shan-Beijing (China)





Salam semua, hari ini saya nak berkongsi pengalaman yang menarik tapi meninggalkan kesan yang mendalam,tapi kesan tu terpulang pada individu. :)

Khamis lepas,Saya,Laili,Fuzan,Kak Na dan Abg Z,telah pergi meluncurkan diri,hehe..kitorang pergi ke Nan Shan (Gunung Nan), Beijing untuk bermain Ski.

Kami bertolak seawal 7.30pg dan tiba disana pd jam 10.43tghari, perjalanan tidak memenatkan.yang memenatkan kami adalah proses tawar menawar bersama jurulatih di situ, Harga latihan yang ditawarkan adalah 700yuan 1 jam..haa, korang rasa berpatutan ke tak? Saya rasa sangat tidak berpatutan sebabnya,ada kawan sy yg pernah mndapatkan khidmat tersebut dengan hanya 10 yuan shaja.

Setelah lama bertentang suara,akhirnya kami.......TIDAK mengambil khidmat latihan yg ditawarkan itu ( Mahal sangat kan?)

Sejuk tak? tak perlu tanya,memang sejuk kerana kami berada di dataran ais,di pergunungan salji,jadi memang kompom sejuk ye..

Perkara pertama yg berlaku ke ats kami adalah JATUH. Ye,semua jatuh pada luncuran pertama..hehee :) selepas itu?? teka sendiri ye. Kemudian kami menaiki kereta kabel,sambil menikmati pemandangan pergunungan. Subhanallah,hebatnye ciptaan Allah,pemandangan di situ sangat cantik dan menakjubkan.

Balik tu semuanye sakit2 badan, dan Saya???? Saya demam selama dua hari.:P

Sekian.

No comments:

Post a Comment