Saturday, June 2, 2012

Terasa dengan kata2 Allah atau Hadith yang disampaikan??


Assalamualaikum semua..
Kali ini sy ingin sharekan sesuatu yang saya baru faham dan mungkin boleh difahami oleh sesiapa sahaja di luar sana.


Contoh disini saya sharekan hadith: "Empat karakter,barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen.Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu,maka dia berada di atas slah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya : Apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkiri,apabila berpakat dia khianat,apabila bertengkar,dia melampau" [Hadith riwayat al-Bukhari(3007) dan Muslim(58) dengan lafaz Muslim]..


Apa perasaan anda selepas membaca hadith ini??
 Anda rasa, " Alah saje lah tu,nak perli2 aku", "Nak sakitkan hati aku,buat aku terasa" " Unacceptable!" ATAU...............
"Alhamdulillah ada peringatan untuk sifat buruk aku ni, kena berubah".. "I'm Glad!"
1. Kenapa kita terasa dengan mana2 hadith atau ayat Allah? Sebab - kita buat perkara itu. kalo kita tak buat mustahil kita akan terasa bukan?


2. Tapi macam mana penerimaaan kita? Kita terima secara positif atau negatif?


3. Sebenarnya kita patut bersyukur apabila kita terasa dengan kata2 tersebut,kerana hati kita masih lembut dan sensitif untuk perubahan, bandingkan kalo kita tak terasa pun dengan apa yg kita buat,sampai bila2 pun kita takkan berubah.


4. TUJUAN Allah dan Rasul smpaikan sesuatu perkara adalah untuk beri peringatan kepada kita,bukan untuk memerli kita. Supaya kita dapat lakukan sesuatu yang lebih baik. Cuba bayangkan tiada peringatan,maka di akhirat kelak kita akan di azab,tanpa kita tahu perkara itu salah. Apakah penerimaan kita pada masa itu?


Contoh lain : " Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas Maha Mengetahui." (2: 261).

Apakah perasaan anda selepas membaca ayat ini??
Anda rasa: "Allah saje je tulis gini,nk suruh aku bersedekahlah tu" ATAU...............
"Alhamdulillah,Allah ingin melipatgandakan sedekah aku, InsyaAllah aku akn diberi ganjaran".
Semua ini adalah terpulang kepada individu ttag cara penerimaan masing2, sama ada dari segi positif atau negatif. Persoalan ini jawapannya tiada pada saya,tetapi pada pembaca sendiri.. sy cuma ingin berkongsi..Fikir-fikirkanlah ye. . :)


P/S: Kepada sesiapa juga yang terasa kepada post ini.kita juga patut bersyukur kerana Allah telah gerakkan hati kita untuk membaca entri ini dan mengambil pengajaran daripadanya..Entri ini untuk semua termasuk diri saya juga, Marilah kita sama2 mengingatkan antara satu sama lain. 

No comments:

Post a Comment