Monday, January 30, 2012

-PELANGI -


Apa warna kesukaan awak?
U suka warna ape ye? i suka warna....
kamu suka warna yg mcm mne???
adik suka warna merah eh?


Pernah tak korang di tanya berkaitan warna? Tentu pernah kan, saya juga begitu, jika orang tanya, ape warna kesukaan awak, sy akn jawab, "SAYA SUKA WARNA PELANGI".

Kenapa??

Cuba lihat betul2 warna2 pelangi,setiap warna menpunyai identiti dan maksud tersendiri,dan yang paling unik,warna pelangi ada tujuh (Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu), tetapi apabila kita campurkan ketujuh2 warna tersebut,ia akan menghasilkan satu warna iaitu PUTIH. Warna putih selalu dilambangkan dengan kesucian dan kebersihan, tapi dengan tujuh warna yg pelbagai boleh menghasilkan stu warna..Unik bukan?

Pelangi bukan sekadar warna, tetapi ia adalah salah satu Kehebatan Ciptaan ALLAH,yg istimewa. Pernah ada kata2, Apabila kita sedang menikmati hari yang ceria,matahari yang cerah.Tiba-tiba,Allah turunkan hujan yang lebat bersama guruh dan kilat.Kita pula tercari-cari dimana matahari.Tatkala,harapan hampa,hujan pun berhenti...Dan barulah kita faham,bahawa ALLAH ingin hadiahkan kita PELANGI.


Saya suka bunga,saya mahu bunga berwarna pelangi



Saya suka haiwan,saya mahu haiwan berwarna pelangi

Saya suka muzik,saya mahu muzik beralunan pelangi..

Hehe,tulis panjang2 pun tak menarik..Saya suka warna Pelangi, Awak pula?????

Thursday, January 26, 2012

Cara "Rogol" terbaru........



Wahai kaum wanita..anda diminta berwaspada, pagi ini saya melayari laman muka buku. Saya terbaca berita ini.Mungkin ada antara anda yg telah tahu,mungkin tidak. Jadi adalah lebih baik sy share berita itu di sini.



Rohypnol TAKTIK BARU PEROGOL

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.